Yuna belum layak bergelar artis antarabangsa!

Pada: Rabu, 13 Mei 2015
Penerbit album dan komposer tersohor David Foster, 65, berpendapat penyanyi popular tanah air Yuna belum bersedia bergelar penyanyi bertaraf antarabangsa.

Foster berkata, penyanyi dan pencipta lagu berusia 29 tahun itu perlu mempertingkatkan lagi bakatnya dalam bidang nyanyian.


“Kami pernah bekerjasama secara rapat dan saya akui dia penyanyi muda yang berpotensi besar di Asia. Namun usaha Yuna masih tidak mencukupi untuk menjadikannya artis bertaraf antarabangsa,”

“Dia penyanyi yang unik dan juga pemuzik serta pencipta lagu berbakat. Saya percaya apabila dia mempertingkatkan bakatnya nanti, dia bukan saja dapat mengharumkan nama negara tetapi juga Asia di persada dunia,” katanya.
Pada 2013, Yuna melancarkan album mini berjudul Sixth Street yang diterbitkan di bawah Verve Music Group di mana David Foster adalah pengerusinya lapor Metro.

Tag : , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..