Tanpa bersenam, Fazley kurangkan badan 18kg-sebulan! rahsianya...

Pada: Rabu, 13 Mei 2015
Wah dengarnya penyanyi, Dato' Fazley Yaakob kehilangan 18kg dalam masa sebulan. Agak mengejutkan juga. Ini adalah impian setiap orang nak turunkan berat badan sepantas itu.

Namun Fazley ada rahsianya tersendiri. Memetik portal Murai, dia memberitahu cara sebenar adalah dengan mengawal kadar pengambilan gula tanpa perlu bersenam!

"Selepas menjuarai pertandingan Masterchef Selebriti beberapa tahun lalu, saya akui yang berat badan saya bertambah. Menyedari hakikat itu, saya cuba untuk mengawal kadar pengambilan gula dalam makanan saya.

Seperti contoh, jika saya minum kopi ataupun teh, saya akan menikmatinya tanpa gula. Sebelum ini berat badan saya 90 kilogram, dalam masa sebulan, saya berjaya menurunkan berat badan saya sehingga 72 kilogram," -Fazley

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..