Sekitar majlis pernikahan Ramona Zamzam (17 gambar)

Pada: Sabtu, 2 Mei 2015

Tahniah kepada pelakon Ramona Zamzam yang selamat bergelar isteri kepada jejaka dari Palestin, Rami Alashkar pada jam 4 petang semalam bersamaan 1 Mei 2015.

Majlis bermakna itu berlangsung di Kayangan Heights kediaman keluarga Ramona. Ramona menerima hantaran mas kahwin RM300. Bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan.

Terdahulu pada sebelah pagi pasangan ini mengikat tali pertunangan dalam satu majlis ringkas di lokasi yang sama pernikahan berlangsung.
"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan seadanya. Terima kasih yang sudi hadir ke acara kami," -Ramona petikan portal Bharian
Ramona menjelaskan dia dan suami merancang berbulan madu di mana-mana pulau seperti Bali atau Lombok selain berkira-kira ke Eropah. -gambar DRACONIQ PHOTOGRAPHY | instagram Ramona



Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..