Sebab utama Anita Sarawak bersara dari bernyanyi!

Pada: Isnin, 25 Mei 2015
Noorkumalasari, mengesahkan kakaknya, Anita Sarawak, kini sudah bersara daripada bidang nyanyian kerana mahu memberi tumpuan kepada perniagaan hartanah bersama suaminya, Mahathir di Las Vegas.

“Ketika itu saya memberitahunya ada pihak mahu membuat tawaran mengadakan persembahan, tetapi dia memaklumkan sudah tidak menyanyi. Saya terkejut dan bertanya sekali lagi untuk mengesahkan perkara itu, dia menjawab memang betul dan dia gembira dengan apa yang dilakukannya sekarang (berniaga)”

“Kebiasaannya dia (Anita) yang akan hubungi saya kerana ia lebih mudah. Dia juga memaklumkan belum mahu pulang ke Malaysia dan Singapura kerana sibuk dengan urusan perniagaan itu,” katanya kepada Harian Metro.

Selain itu, Noorkumalasari menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa kakaknya itu sudah bercerai dan bertudung. Apa pun, semoga apa yang dilakukan Anita dipermudahkan. Kami pasti ramai peminat setia penyanyi ini tidak sabar menantikan Anita Sarawak kembali ke Malaysia.

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..