Punca Raja Farah sah bercerai talak satu (PANAS)

Pada: Selasa, 26 Mei 2015

Raja Farah Raja Aziz, 27, bercerai talak satu dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu bercerai dalam prosiding tertutup di mahkamah rendah syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Isnin, semalam.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Raja Farah yang ditemui selepas prosiding berkata, dia dan Megat bercerai secara baik tetapi dengan bersyarat yang enggan didedahkan.


"Kami bercerai kerana sudah tiada persefahaman. Bagaimanapun saya tidak boleh memberitahu syarat-syarat yang dipersetujui bersama itu," -Raja Farah
"Saya terima akan ketentuan ini. Di harap kami dapat meneruskan kehidupan dengan hal masing-masing," -Megat
Terdahulu Raja Farah telah memfailkan permohonan cerai pada 5 Mei lalu. Raja Farah dan Megat telah bernikah pada 12 November 2010 di Bukit Jelutong. Bagaimanapun, hasil perkahwinan itu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. -sumber mStar

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..