Penampilan Bront Palarae yang dia sendiri tak suka! Ha ha..

Pada: Jumaat, 8 Mei 2015
Agak vateran melihat penampilan terkini Bront Palarae walaupun mendapat ejekan rakan-rakan selebriti dimana dia kini bermisai tebal.

Bront sendiri mengakui yang dia terpaksa menghindari cermin kerana rimas dengan misai tebalnya itu berbuat demikian untuk filem yang diwatakinya, Ola Bola.


“Saya gosok gigi pun menyampah tengok misai lebat ni dan bila diletakkan rambut palsu serta alat solek lagilah saya mengelak untuk tengok wajah sendiri di cermin.

“Saya tengok dah macam dewa-dewa dah muka saya bila ditambah lagi dengan jambang palsu,

“Saya pergi anugerah baru-baru ini dengan misai macam ni, semua kawan tegur dan mempersoalkan macam saya dah tak ada imej lain nak bawa.

“Tidak dinafikan susah jugak nak menghadap mereka dan Sharifah Amani pun ada bagitahu dia tidak boleh tengok muka saya kerana kelakar,” -Bront petikan portal mStar

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..