Nash Lefthanded meninggal dunia?

Pada: Rabu, 27 Mei 2015
Macam-macam khabar angin yang diperolehi, setelah pelbagai cerita khabar angin artis meninggal dunia sebelum ini timbul pula khabar dimana Nash Lefthanded yang meninggal dunia.

Namun Nash dikatakan masih lagi hidup dan seterusnya menafikan khabar angin itu.
"Ramai juga yang menghubungi saya kerana dakwaan ini. Alhamdulillah, saya masih hidup. Saya memang sihat dan tak ada masalah apa apa. Siapalah yang buat dan bawa cerita sebegitu?

"Soal mati janganlah dibuat main. Kepada yang menyebarkan cerita berkenaan, jangan buat macam ini. Saya tak berdendam atau simpan perasaan apa apa. Saya maafkan sesiapa yang membawa cerita palsu ini. Semoga kita semua diberkati-Nya.

"Apapun terima kasih kepada yang menghubungi saya untuk bertanyakan kesahihan cerita ini. Ada juga yang sayang saya," -Nash petikan Bharian

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..