Julie Dahlan meninggal dunia

Pada: Sabtu, 2 Mei 2015
Salam takziah buat keluarga penerbit terkenal Julie Dahlan yang meninggal dunia malam Jumaat bersamaan 30 April di Hospital Ampang disebabkan penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate Baru, Ulu Klang, dekat sini, pada pukul 10.30 pagi semalam, Jumaat.

Antara rakan artis yang hadir termasuklah Datuk Hattan, Datuk Khatijah Ibrahim, Azwan Ali, Nasha Aziz, Dayang Sulu dan Ziela Jalil.

Allahyarham meninggalkan tiga anak iaitu Norhaslinda, 44, Muhammad Hairi, 39, dan Siti Hani Nur Zara, 34, bersama tiga cucu. -sumber mStar

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..