Isteri restu hubungan Boy Iman, Effa Membong tapi...

Pada: Ahad, 10 Mei 2015
Dato' Boy Iman mengakui isterinya, Kumala Dewi merestui hubungannya dengan kakak Emma Maembong, Effa Maembong. Ini sekaligus menafikan yang mereka berdua bakal bercerai sepertimana yang dipetik daripada portal mStar.

"Isteri tahu saya sedang berkawan dengan Effa dan mereka pernah bertemu semasa anak kami dimasukkan ke hospital dan isteri menerima kehadiran Effa dengan baik.

"Paling mengejutkan saya, mereka berdua pula menjadi semakin akrab sejak pertemuan itu dan mereka juga pernah beberapa kali keluar bersama sehingga membuatkan saya keliru kerana isteri sepatutnya berasa marah terhadap saya.

"Tetapi penerimaan Kumala terhadap Effa menjawab punca kami ingin bercerai bukan disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi disebabkan masalah kewangan yang sedang kami hadapi seperti saya jelaskan sebelum ini,"
Sebelum ini mereka berdua sepatutnya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 2 April lalu untuk mendaftarkan permohonan bercerai namun tidak berbuat demikian. Boy bagaimanapun memberitahu dia akan membuat permohonan cerai di mahkamah sama pada Isnin ini.
"Isteri meminta saya mempercepatkan proses perceraian kami tetapi saya tidak mahu menceraikannya di luar mahkamah dan mahu mengikut saluran betul,"

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..