Fathia Latiff berbogel untuk fiilem Darah Panas!

Pada: Khamis, 28 Mei 2015

Fathia Latiff Bogel Dalam Filem Darah Panas
Fathia Latiff merasa bengang apabila salah satu tajuk didalam artikel di sebuah portal tempatan telah sedikit sebanyak mencalarkan imejnya apabila ia menjadi bualan ramai di media sosial.

Kandungan artikel tersebut menyatakan bahawa Fathia Latiff harus melakonkan babak yang memerlukan beliau untuk tampil tanpa seurat benang di dalam filem terbaru lakonan beliau, Darah Panas. Walaubagaimanapun babak tersebut dilakukan melalui kaedah camera-trick.

Pengarah filem Darah Panas, Arjin Uppal tidak menafikan terdapat beberapa adegan panas membabitkan Fathia dalam filem ke-2 arahannya, bagaimanapun ia tidaklah keterlaluan.
Ada ketika saya terpaksa menghalau kru produksi untuk memberikan keselesaan Fathia melakonkan adegan panas yang diperlukan. Hanya tinggal saya, Fathia dan pengarah fotografi saja. Saya rasa adegan yang dilakukan tidaklah keterlaluan.
Kali ini Fathia Latiff melakonkan watak sebagai seorang pelacur bernama Syahana.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..