Aku tumbuk muka kau budak Myvi! -Johan Asari

Pada: Jumaat, 8 Mei 2015
Agak mejanggalkan apabila kenderaan model MyVi menjadi anti atau tidak suka terhadap sesiapa yang memiliki kenderaan berkenaan. Ini disebabkan kemalangan DUKE yang berlaku minggu lalu yang melibatkan kereta model berkenaan sehinggakan menyebabkan kehilangan jiwa.

Johan Asaari tidak ketinggalan untuk tampil menasihati kenderaan model berkenaan melalui sebuah video yang dimuatnaiknya agar mengutamakan keselamatan jalan raya.

"Satu Malaysia telah maklum tentang kemalangan di Lebuh Raya DUKE yang mengorbankan tiga nyawa berpunca daripada pemandu Myvi. Sebagai rakyat negara ini saya ingin bertegas untuk memberi pandangan melalui cara yang tersendiri.

"Saya bukan hendak mencari fasal dengan pengguna Myvi tetapi disebabkan isu tersebut menjadi perbualan ramai sekarang dan bila saya sebut kereta lain ia mungkin tidak menarik.

"Mengenai perkara itu bukan saya nak kata pemandu Myvi teruk tetapi saya cuma ingin memberi nasihat kepada umum,"

"Apa yang saya hendak sampaikan ini sebenarnya positif dan tidak ada sifat dengki terhadap sesiapa kerana orang yang bijak mereka akan faham dan saya bercakap menggunakan otak," -Johan Asaari petikan portal mStar
"Eh kau budak Myvi ea? Engkau jangan buat hal! Aku tumbuk muka kau kang! Kau bawa kereta tu hati-hati sikit memandu, kalau tak larat bawa kereta laju-laju bawa ketengah kiri pun boleh. Engkau jangan buat hal kau budak myvi ea? Aku tumbuk muka kau." -petikan video yang sudah dibuang semalam.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..