Aidil suka menipu! - Rita Rudaini

Pada: Khamis, 28 Mei 2015
Isu nombor yang dikatakan milik isteri Aidil Zafuan, Zarema masih lagi hangat diperkatakan. Rita Rudaini mengakui dia tidak berniat memalukan mana-mana pihak diatas tindakannya menyebarkan nombor berkenaan di laman Instagram miliknya, bahkan ianya hanya satu perkongsian berita kehidupannya.
“Saya hanya mahu cerita masalah saya kepada sahabat-sahabat laman sosial. Tapi saya pelik juga, Aidil ada nombor saya. Kenapa tidak menghubungi menggunakan nombor sendiri? Saya lantang sebab benar. Saya tidak akan bercakap bohong selagi benda itu betul,”

“Kalau hendak menjemput kan (majlis akikah) boleh menghantar mesej. Tidak perlulah hubungi banyak kali kalau tidak diangkat. Kenapa suka menipu sedangkan hari jadi anak pun dia tidak telefon atau menghantar mesej. Cukup-cukuplah hendak ‘cover’ tindakan isterinya itu,” kata Rita lagi.
Sementara itu, menurut Aidil Zafuan pula, dia sudah cuba menghubungi Rita Rudaini beberapa kali sebelum ini menggunakan nombornya namun tidak dijawab. Lebih menghampakan Aidil lagi, kehadiran dirinya daripada Johor untuk keluar bersama anak-anak pada hari jadi mereka tidak kesampaian.
“Dua minggu sebelum, saya sudah ingatkan Rita Rudaini untuk bertemu anak-anak. Tetapi apabila tiba hari kejadian, pengawal keselamatan tidak membenarkan saya memasuki rumah Rita dan Rita juga memberitahu mereka tidak berada di rumah”

“Saya sangat kecewa kerana inisiatif saya dari Johor untuk berjumpa anak tidak kesampaian. Saya masih lagi simpan hadiah hari jadi anak. Saya mahu berjumpa dia sendiri,” jelas Aidil

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..