Zizan nafi kahwin bulan Jun ini tapi...

Pada: Rabu, 15 April 2015
Berita yang Zizan akan berkahwin dengan gadis kampung asal Terengganu pada bulan Jun ini adalah tidak benar, namun tidak dinafikan Zizan akan mengakhiri zaman bujangnya tahun ini jika jodoh menyeru.

Buat masa ini, Zizan enggan mendedahkan identiti gadis misteri berkenaan yang bukan dari golongan anak seni.
“Memang saya akan berkahwin tahun ini tapi belum tentu lagi pada bulan Jun seperti yang kecoh diperkatakan. Apa-apa pun saya kena berbincang dengan keluarga dulu sebab saya dan dia baru sebulan saja kenal,”

“Terkejut sangat bila baca laporan yang kononnya saya akan berkahwin pada Jun hadapan. Padahal saya baru sahaja hendak balik kampung dan berbincang dengan orang tua terlebih dulu,”

“Kalau sudah berjumpa dan berbincang nanti, barulah saya berani sahkan tarikh yang sesuai. Insya-Allah, jika semua berjalan lancar memang tahun ini sebab saya pun bukan makin muda, cuma bulan itu tak pasti lagi bila,” -Zizan petikan hMetro

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..