Sekitar sambutan ulang tahun ke-6 perkahwinan Yatt Hamzah (66 gambar)

Pada: Isnin, 20 April 2015

Yatt Hamzah dan suaminya Abdul Mutalib telah mengambil ikhtibar daripada pergolakkan rumahtangga mereka setelah melakukan lawatan ke Syria baru-baru ini. Mereka ditemui dengan kelihatan bahagia sekali disamping anak mereka Suci Hanania Malika, 5, pada majlis kesyukuran sempena ulang tahun ke-6 perkahwinannya dan sambutan hari lahir anaknya di Casa Club, Kampung Batu Muda, turut kelihatan Heliza.

"Sehari selepas saya memfailkan perceraian, saya dan suami telah berlepas ke Syria selama 10 hari.

Alhamdulillah kami berdua muhasabah diri dan diberikan cinta yang baharu. Keperitan hidup masyarakat di sana sedikit sebanyak membuka mata saya, yang mana kebanyakan wanita bergelar ibu tunggal bukan kerana bercerai tetapi kematian suami.

"Banyak yang saya belajar sepanjang berada di sana dan muhasabah diri menjadi insan yang lebih baik. Pengalaman menjejakkan kaki ke sana tanpa jaminan hidup memberi semangat untuk mengajar banyak perkara," -Yatt Hamzah memetik portal Bharian
Pergolakan rumah tangga Yatt dan suaminya menjadi bualan hangat apabila tersebarnya perkhabaran Yatt memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 24 Februari lalu.

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..