Sam Bunkface selamat bergelar suami (gambar)

Pada: Sabtu, 25 April 2015
Hanya sekali lafaz, vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd Baharum, 28, dan Aida Azira Hussin, 28, selamat diijabkabulkan dalam majlis sederhana di Dewan Sapura, Mines Resort City pada 9.24 pagi.

Pasangan itu dinikahkan jurunikah Ustaz Mohd Ramizi dan berwalikan abang kandung Aida, Azree Husin dengan disaksikan keluarga dan sahabat handai.

Aida menerima mas kahwin RM1,000, sebentuk cincin, senaskah al-Quran, sehelai sejadah dan telekung, manakala jumlah hantaran dirahsiakan.

Sam pula menerima tiga dulang hantaran iaitu cincin, senaskah Al Quran serta sejadah. Majlis persandingan diadakan di lokasi sama tengah hari ini. -HarianMetro

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..