Remy ishak sudah bertunang? ini komen dia..

Pada: Khamis, 16 April 2015
Desas desus mengatakan yang Remy Ishak sudah bertunang secara senyap. Ini berikutkan ada satu majlis pertunangan yang telah diadakan baru-baru ini.

Remy mengakui hal itu namun menafikan bukan dia yang bertunang tapi adik bongsunya yang bakal berkahwin pada September nanti.
"Gosip itu hanya salah faham sahaja. Saya tidak bertunang secara senyap-senyap seperti dikatakan sebaliknya adik bongsu saya yang bertunang.

"Perkara itu menjadi heboh selepas ada pengikut Instagram saya mengucapkan tahniah kepada saya di bahagian komen tanpa mengetahui fakta sebenar dan seterusnya menjadi viral,"

"Selesaikan adik-beradik dahulu dan baharulah saya fikir tentang diri sendiri kerana tanggungjawab keluarga itu ada pada saya dan kami bukannya orang senang.

"Alhamdulillah semua sudah berkahwin dan seorang lagi bakal disatukan pada September ini dan selepas itu baharulah saya fokus kepada diri sendiri pula," akui Remy yang masih belum ada kekasih. Petikan portal mStar

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..