Punca Rozita Che Wan malas mahu berlakon lagi..

Pada: Sabtu, 25 April 2015
Terkejut juga mendengar kenyataan Rozita Che Wan baru-baru ini setelah mendapat cahaya mata sulungnya bersama Zain Saidin. Dia akui malas mahu berlakon lagi kerana disebabkan kerjayanya yang lain seperti penerbitan dan perniagaan online.

“Saya bukan berhenti terus. Sejujurnya, saya akui sudah malas berlakon kerana penat dari pagi sampai ke pagi. Selama ini memang saya tak suka sangat berlakon tetapi sebab dulu tak tahu nak buat apa dan tawaran pun pada masa itu banyak, jadi saya teruskan.

“Sekarang saya ada banyak benda nak buat dan saya semakin seronok menerbitkan program dan sibuk dengan perniagaan online. Kalau nak berlakon pun dengan produksi sendiri atau Zeel Production sebab lebih selesa,” -Rozita Che Wan

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..