Neelofa tak bertudung dalam filem Pilot Cafe!

Pada: Selasa, 21 April 2015
Isu tidak berhijab pelakon Neelofa dalam filem terbaru Pilot Cafe sekali lagi mendapat perhatian peminat dunia hiburam tempatan kerana secara jelasnya Neelofa yang dikenali kini sememangnya menjaga batas dan auratnya itu.

Memetik sebuah blog hiburan, bertemunya di majlis tayangan filem Pilot Cafe baru-baru ini, dia menjelaskan bahawa filem lakonannya itu telah menjalani penggambaran pada tahun 2013. Seperti yang telah kita ketahui pula, Neelofa mula berhijrah sekitar Julai 2014 yang lalu.
“Bila saya memuat naik poster filem ke Instagram saya, ada peminat yang bercakap kenapa nak letak gambar saya yang tak bertudung di situ. Hari ini saya akan jelaskan yang pertama ialah penggambaran filem Pilot Cafe dijalankan pada tahun 2013″

“Manakala yang kedua filem ini juga melibatkan banyak pihak & yang ketiga saya bersyukur filem ini keluar sekarang, sebab orang boleh tengok saya di dua sisi yang berbeza,

“Dua tahun lepas saya cukup berbeza dengan yang sekarang ini dan sebagai manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan tidak adil untuk orang itu mengkritik, menghukum atau menghakimi sesiapa. Sesiapa sahaja boleh berubah bila-bila masa sahaja”

“Untuk peminat-peminat semua kalau saya boleh edit perkara yang lepas sudah tentu saya akan lakukannya sekarang. Apa yang boleh saya lakukan sekarang ialah belajar daripada pengalaman yang lepas,” tambahnya.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..