Mewarnakan rambut, asalkan saya tidak tinggalkan solat - Hafiz

Pada: Jumaat, 10 April 2015

Tindakan Hafiz Suip mewarnakan rambutnya sebelum ini mendapat kritikan hebat namun penyanyi popular ini tidak cepat melatah dan mengakui kesilapannya mewarnakan rambut sehingga menerima tomahan ramai pihak.

“Saya menerima banyak tomahan tapi saya tidak ambil peduli sangat apa yang kata orang kerana apa yang terletak pada hati masing-masing. Apa yang penting nawaitu kita. Saya tidak melenting bila dikritik. Saya hanya berdiam saja”

“Saya tahu lambat laun orang akan berhenti bercakap dan perkara ini akan reda sendiri. Apa yang saya buat ini, dosa dan pahala saya tanggung sendiri. Janji saya tidak tinggal solat dan soal itu biar antara saya dengan Tuhan,” -Hafiz

Tag : , , ,