Komen Juliana Evans mengenai Zizan Razak terkini

Pada: Selasa, 28 April 2015
Juliana Evans dan Zizan Razak pernah menjalinkan hubungan satu masa dahulu. Dan hubungan mereka sudah lama terputus dan akhirnya Emma Maembong mengambil alih sebagai kekasih romantis Zizan.

Namun ianya juga musnah di pukul ombak. Dan akhirnya Zizan ketemui dengan gadis golongan biasa kelahiran Kuala Terengganu.

Juliana yang telah tiba di negara ini sejak akhir tahun lalu mengakui tidak pernah berjumpa Zizan walaupun dia menghadapi krisis dengan Emma.
“Jujurnya, bukannya saya sengaja mengelak atau tidak mahu berjumpa dengannya tetapi kami memang tidak pernah terserempak mahupun bertemu walaupun dalam mana-mana majlis anugerah sebelum ini.

“Walaupun kami pernah rapat sebelum ini, namun, apa sahaja yang berlaku kepada dirinya ketika ini bukan lagi menjadi perkara penting untuk saya ambil tahu lagi.

“Apa yang saya boleh katakan di sini adalah untuk mendoakan yang terbaik untuknya dalam apa jua bidang dan perkara yang dilakukannya termasuk perkahwinannya,” -Juliana petikan portal Murai

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..