Inilah kekasih hati 8 tahun Jihan Muse (4 gambar)

Pada: Isnin, 13 April 2015
Rupanya Jihan Muse dah ada kekasih. Dan sudah berkenal dan bercinta hampir 8 tahun. Jejaka itu adalah Ungku Hariz Faizal berusia 30 tahun, 2 tahun lebih muda dari Jihan.

Namun penampilan jejaka berkenaan bersama Jihan dalam malam ABPBH yang lalu telah menimbulkan banyak persoalan kerana sebelum ini Jihan tidak pernah berkongsi cerita mengenai kekasihnya itu kepada umum.

“Ia tiada kena mengena dengan kami mahu berkahwin atau melihat maklum balas peminat. Sebelum ini pun saya muncul di beberapa majlis bersama Hariz,”

“Saya tidak mahu soal cinta lebih menonjol, apatah lagi Hariz tidak menggemarinya. Saya dan Hariz pendatang baru, kalau belum apa-apa sudah jaja cerita begitu, takut nanti orang meluat,” k

“Bukankah jodoh itu Allah yang tentukan. Saya tidak pernah meletakkan sasaran waktu bila kami harus bernikah. Pernah sebelum ini saya membuat perancangan akan bernikah pada usia 23 tahun, tetapi gagal.

“Kemudian saya sekali lagi membuat perancangan untuk bernikah pada usia 27 tahun, tetapi ia tetap tidak berlaku juga. Sekarang apabila usia melepasi 30 tahun, saya langsung tidak meletakkan sasaran.

“Kalau datang jodoh, saya terima dengan tangan terbuka, sama ada cepat mahupun lambat,” -Jihan petikan portal Hmetro

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..