'Hantu Kak Limah' terlibat kemalangan jalan raya, keadaanya..

Pada: Khamis, 2 April 2015
Siapa tidak kenal dengan pelakon yang membintangi watak Hantu Kak Limah untuk filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Memetik portal Bharian, pelakon berkenaan, Delimawati terlibat kemalangan jalan raya semalam petang dekat Rembau, Negeri Sembilan.

Delima difahamkan dengan dua adiknya dalam perjalanan untuk pulang dari Mersing (Johor) ke Puchong (Selangor). Kereta yang dipandu oleh adiknya itu terbabas akibat jalan licin berikutan hujan lebat yang melanda sehingga melanggar lori.
"Benda sudah nak jadi sedangkan adik saya memandu perlahan sahaja ketika itu. Brek juga seperti tak makan hingga lori yang dirempuh terbalik. Dalam usaha mengelak daripada keadaan menjadi teruk, kereta kami terlanggar pembahagi jalan.

"Alhamdulillah keadaan saya dan dua orang adik lelaki saya baik sahaja. Malahan pemandu lori berkenaan juga terselamat biarpun keadaan lorinya agak teruk kesan dilanggar dan terbalik,"

"Saya dan adik baru sahaja menghantar anak buah yang melanjutkan pengajian di MRSM, Mersing," -Delima

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..