Ekin AF3 hamil (gambar baby bump)

Pada: Isnin, 27 April 2015
Tahniah Ekin AF3 yang juga isteri kepada Yazer kini dikhabarkan hamil anak sulung mereka. Usia kandungannya itu sudah mencecah 4 bulan.

"Biasalah kehamilan pertama, saya mengalami pengalaman yang agak teruk. Makan pun tak lalu dan muntah teruk. Saya juga lekas nak cirit birit kerana alah susu. Badan pun jadi lesu sampaikan ibu dari Sabah datang KL kerana risaukan kesihatan serta keadaan saya

"Saya juga alah kepada bau. Bayangkan suami saya datang dekat pun ditanya sudah mandi ke belum. Padahal dia sudah mandi dan saya selamba tanya habis kenapa bau busuk.

"Saya juga tak tahan dengan bau minyak wangi yang terlalu kuat baunya. Begitu juga bau rokok, bau tandas dan bau mulut orang. Saya akan rasa macam nak termuntah," kata Ekin petikan Bharian

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..