Ditinggalkan Suami Selepas Sebulan Berkahwin!

Pada: Khamis, 30 April 2015
Penyanyi lagu Sakitnya Tuh Disini iaitu Cita Citata rupa-rupanya seorang janda muda yang hanya melalui bahagia perkahwinan selama sebulan akibat ditinggalkan suami.

Cita atau nama sebenarnya Cita Rahayu, 21, berkata, dia sebelum ini tidak bercakap secara terbuka mengenai statusnya itu kerana ia tidak pernah ditanya oleh pihak media di negaranya, Indonesia.
“Apabila ditanya adakah saya sudah mempunyai teman lelaki sudah tentu saya jawab tidak.

“Soalan sama ada saya solo atau pun sudah berkahwin tidak pernah ditanya namun sekiranya ada pertanyaan, pasti saya akan jawab dengan jujur, saya seorang janda,”

“Saya berkahwin pada usia 18 tahun dan rumah tangga kami bertahan selama sebulan sebelum dia menghilangkan diri.

“Dia langsung tidak pernah menghubungi saya sejak itu untuk menyelesaikan kes perceraian kami di mahkamah syariah sehinggalah dia tiba-tiba muncul membuat kenyataan kepada pihak media tentang perkahwinan kami,”

“Saya tidak pernah menyesal berkahwin muda dan diceraikan kerana kejadian itu meninggalkan banyak hikmah kepada saya terutamanya tentang karier saya.

“Jika bukan kerana diceraikan saya tidak dapat kekuatan untuk berhijrah ke Jakarta dan berada pada tahap sekarang,” -Cita Rahayu petikan portal mStar

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..