Bocey dah lupa diri? naikkan harga?

Pada: Selasa, 21 April 2015
Nama Bocey kini dikenali ramai dan popularitinya juga meningkat selepas seorang ahlinya menang anugerah ABPBH. Namun ada yang kurang senang untuk didengar, dimana ada dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kumpulan ini sudah menaikkan harga persembahan mereka dan mula lupa asal usul/lupa diri.

Sebelum ini mereka bertiga, Abam, Fard dan Acey telah memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung, namun dalam hal ini (lupa diri) Abam yang tampil menjelaskan isu itu dan menafikan hal itu sekeras-kerasnya.
“Saya menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap kami kerana setakat ini belum ada mana-mana pihak yang menyuarakan pendapat berkenaan lupa diri. Kami sendiri terkejut apabila ada yang bertanyakan sama ada kami lupa diri”

“Sebagai artis, kami rasa kami cuba sedaya upaya untuk melayan peminat sama rata tetapi tidak tahu pula jika ada pihak yang terasa hati dengan tindakan kami tanpa disedari. Malah pihak yang mengenali kami pastinya tidak akan percaya gosip ini kerana tahu kami bukanlah seperti yang didakwa,” jelas Abam.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..