Black dedah wajah individu gelar anaknya beruk (gambar)

Pada: Khamis, 23 April 2015
Aduh apa la buruknya manusia yang suka menghina ciptaan Tuhan ni. Anak Black Hanafiah pernah dicela dengan panggilan beruk kepada anaknya oleh seorang indvidu di dalam laman Instagram.

Semalam portal mStar melaporkan yang Black sudah mengenal pasti manusia berkenaan yang masih lagi menuntut di salah sebuah universiti tempatan.

Black bagaimanapun sudah membuat laporan polis mengenai kes ini namun memohon manusia berkenaan memohon maaf dalam masa terdekat jika gagal akan disaman.


"Sekarang ini saya sudah mengetahui identiti individu yang menghina anak saya dan dia sendiri pun sudah tahu siapa orang yang saya maksudkan selama ini.

“Jika dia masih berdegil untuk tidak membuat apa-apa permohonan maaf, tindakan undang-undang terhadapnya akan segera diambil,"

"Walaupun perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak tetapi bagi saya ia adalah suatu perkara yang serius kerana ia melibatkan maruah anak saya.

"Individu terbabit cuma menginginkan publisiti murahan saja dan sekarang saya beri dia peluang untuk mendapat publisiti tersebut dengan membuat permohonan maaf secara terbuka,"

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..