Bercium sudah menjadi amalan kami berdua - Ozlyn

Pada: Jumaat, 10 April 2015

Ozlyn Wati memilih untuk berdiri di belakang suaminya iaitu Johan (Raja Lawak) apabila mempertahankan tindakan pelawak itu yang mencium bibirnya ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) Ahad lalu.

Ozlyn berkata, bercium telah menjadi amalan mereka di rumah dalam menyatakan rasa cinta terhadap satu sama lain dan ia mengeratkan hubungan mereka sebagai suami-isteri.

Ozlyn juga berasa pelik mengapa tindakan Johan dipertikaikan sedangkan mereka adalah suami-isteri yang sah dan ia diketahui oleh semua orang.

Malah dia pelik mengapa tiada pihak mengecam selebriti yang tidak mempunyai ikatan sah tetapi bergaul bebas dengan bukan muhrim pada malam itu. -petikan mStar
"Bukan saya sahaja yang dia cium di bibir malah empat anak-anak kami dia buat begitu dalam menyatakan rasa kasihnya pada kami.

"Mungkin pada orang lain aksi spontan Johan itu keterlaluan tetapi bagi kami ia biasa sahaja kerana memang itu amalannya,"

"Malam itu rasanya ramai artis lain yang tiada ikatan sah tetapi berpelukan dan berlaga pipi, tidak pula dijadikan isu.

"Kami yang mempunya ikatan sah pula menjadi perhatian dan mendapat pelbagai kecaman,"

"Saya ingatkan lama, cuma dua saat sahaja dan kami dituduh memberikan impak negatif kepada penonton terutamanya kanak-kanak.

"Ia berlaku terlalu pantas dan ia bukannya menimbulkan ghairah pun," -Ozlyn

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..