Bercinta? Rossa akui rapat dengan Afgan..

Pada: Jumaat, 24 April 2015
Dengarnya Afgan dan Rossa menjalinkan hubungan cinta. Gosip ini timbul apabila mereka kelihatan sangat rapat. Namun Rossa menafikan mereka menjalinkan hubungan cinta kekasih sebaliknya cinta sebagai kawan sahaja.
"Apabila timbulnya cerita kami bercinta, saya rasa seperti kelakar juga kerana saya menganggap Afgan seperti adik saya kerana beliau jauh lebih muda daripada saya.

"Kami sudah mula rapat sejak lima tahun lalu, namun mungkin tidak semua pihak mengetahui hal itu yang menyebabkan timbulnya gosip ini. Saya adalah satu-satunya wanita dalam kumpulan kami yang terdiri daripada lima orang.

"Mereka yang juga orang dalam industri seni juga sering kali berkunjung ke rumah saya untuk melepak dan mengadakan barbeku bersama-sama,"

"Saya pasti semua sedia maklum bahawa segolongan besar peminat Afgan terdiri daripada kaum wanita dan rata-rata mereka mengetahui kami sememangnya rapat dan tidak mempercayai kontroversi itu.

"Jika saya kembali bercinta pun, saya menginginkan lelaki yang lebih berusia daripada saya. Antara ciri lain yang saya mahukan adalah lelaki itu perlu lebih bijak, berakhlak dan lebih berwibawa daripada diri saya," -Rossa petikan Bharian

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..