Awal naik teksi, mahu cari pemandu (4 gambar kenduri)

Pada: Selasa, 14 April 2015
Selepas mengalami kemalangan jalan raya beberapa minggu lalu, Awal Ashaari telah mengadakan kenduri bacaan doa kesyukuran di Marhaba Restaurant, Publika walaupun kesihatannya belum stabil/pulih sepenuhnya.

Disebabkan itu juga lah, Awal tidak dinasihati untuk memandu bersendirian dan digalakkan untuk mengambil atau mengikuti kenderaan awam. -gambar MediaHiburan


"Saya mungkin akan mencari pemandu dalam masa terdekat supaya mudah untuk saya bergerak kemana-mana dan tidak menganggu sesiapa terutama isteri saya yang sibuk bekerja.

"Buat masa sekarang doktor menasihatkan saya supaya tidak memandu dan saya masih mencari-cari pemandu yang sesuai bagi membantu saya bergerak membuat rawatan susulan,"

"Banyak kali juga saya menggunakan perkhidmatan teksi sekarang ini sehingga mereka sudah kenal saya dan bertanya keadaan saya selepas kemalangan.

"Kadang-kadang saya kesian dengan isteri kerana dia pun ada komitmen lain dan saya memerlukan pemandu namun hanya sementara sahaja tidaklah berterusan. -Awal petikan portal mStar

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..