Aksi panas Remy Ishak, Izara Aishah

Pada: Jumaat, 17 April 2015
Bukan main lagi babak Remy Ishak dan Izara Aishah untuk filem Pilot Cafe. Salah satu babaknya adalah aksi mereka berasmara di tepi pantai. Filem arahan pengarah Osman Ali diadaptasi melalui novel Ahadiat Akashah.

"Saya pernah baca novel Pilot Cafe sewaktu zaman sekolah. Saya pernah bercita-cita nak jadi juruterbang jadi saya memang pernah berangan nak berlakon sebagai Ameer tetapi mungkin bukan rezeki saya kali ini,"

"Babak saya dan Maya (lakonan Izarah Aishah) berasmara antara babak mencabar pada saya.

"Babak itu di mana kami berdua berbaring di atas batu di pantai. Ketika penggambaran babak itu, ombak sangat besar.

"Sebelum buat babak itu aya ada beritahu Izarah yang saya rasa takut sebab memang ombak kuat pada masa itu.

"Ada sekali kami dipukul ombak dan hampir hanyut. Mujurlah tangan saya mencengkam kuat pada batu tersebut.

"Ketika lakukan babak itu juga kaki saya tercucuk batu karang yang ada di celah batu tersebut dan mengalami pendarahan.

"Kesannya sampai sekarang di tapak kaki saya ada satu lubang kecil akibat tusukan karang itu," _remy petikan portal MalaysianDigest

Tag : , , , , , ,

1 Komen:

Tanpa Nama 21 April 2015 11:15 PG

ianya bukan budaya..bukan juga cara hidup agama kita islam.... carilah kerja lain yang lebih baik

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..