Ajai tak kisah tayang badan tegapnya (10 gambar)

Pada: Isnin, 27 April 2015

Difahamkan laman sosial Ajai kini dipenuhi bentuk badannya yang masih dalam pembinaan bentuk badan. Namun ada juga kecaman daripada pengikutnya mengenai tindakan Ajai memuatnaik gambar seperti itu.

Bagi Ajai dia tidak kisah dengan persepsi pengikutnya asalkan dia tidak berbogel.

“Pada saya isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana semua orang tahu saya cuma tidak memakai baju dan masih lagi berseluar bukannya gambar tersebut menunjukkan saya bogel. Saya tidak kisah orang ingin mempertikaikan perkara itu kerana ia merupakan pendapat masing-masing”

“Mulut orang bukan kita boleh tutup. Perkara seperti ini tidak perlu menjadi persoalan kerana ia hanyalah perkongsian aktiviti saya kepada peminat,” -Ajai

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..