Zulin Aziz kini bertudung (gambar)

Pada: Rabu, 18 Mac 2015
Alhamdulillah, seorang lagi selebriti tempatan kini bertudung. Farah Azleenda atau nama popularnya, Zulin Aziz kini telah bertudung. Bagi Zulin ianya bukan paksaan dan trend untuk bertudung namun untuk mematuhi tuntutan agama yang telah diperintahkan Allah SWT.

Malahan Zulin juga tidak bimbang sekiranya rezekinya selepas dia bertudung berkurang atau sebaliknya.

"Saya rasa mengapa melengahkan perkara baik dan kenapa meletakkan tudung sebagai halangan dalam bekerja. Saya turut meminta pandangan ustaz berhubung hal ini dan beliau menasihatkan saya untuk meneruskan niat itu.

"Tudung itu bukan sekadar fesyen kerana ia adalah perkara wajib. Namun saya akui masih baru bertudung dan bukanlah berubah secara drastik serta menjaga tingkah laku bersesuaian dengan imej bertudung ini," -Zulin petikan portal Bharian

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..