Umie Aida tidak boleh lagi hamil, bakal ambil anak angkat (7 gambar)

Pada: Isnin, 16 Mac 2015

Dengarnya Umie Aida telah mengambil anak angkat di usianya yang kini mencecah 41 tahun. Ini disebabkan Umie dikhabarkan sukar untuk hamil disebabkan penyakit tertentu setelah berkahwin dengan Datuk Paduka Khairuddin.

Namun Umie merasakan dia mahu mengambil anak angkat sebagai penghibur kerana kesunyian walaupun sudah memiliki 2 orang anak yang kini sudah dewasa.

“Saya terlalu sukakan budak-budak tetapi inilah dugaan untuk saya. Allah tidak memberikan saya zuriat dan kami masih belum ada rezeki untuk itu. Lagipun doktor beritahu saya ada penyakit dan peluang untuk mengandung itu agak sukar”

“Alhamdulillah saya reda dengan ujian ini dan mungkin Allah ingin menguji untuk melihat sejauh mana kesabaran saya. Saya juga tidak tertekan memikirkan tentangnya,”

“Saya ada dua anak tetapi anak-anak saya sudah dewasa. Mereka sudah ada kehidupan sendiri dan kadangkala saya sunyi. Suami pula sibuk bekerja. Saya sedang memujuk suami untuk mengambil seorang anak angkat dan jika dia izinkan, insyaAllah semua akan menjadi kenyataan. Itu pun jika mendapat keizinannya.

“Lebih kurang dua atau tiga tahun lalu, saya pernah menjaga seorang kanak-kanak lebih kurang seminggu. Tetapi kerana kurang mendapat kebenaran dari suami, saya batalkan niat itu. Disebabkan terlalu sukakan budak-budak, saya rapat dengan anak-anak buah,” -Umie
Gambar dibawah ini menunjukkan yang Umie sangat sayangkan kanak-kanak.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..