Status hubungan sekarang Alyah, Ramli MS...

Pada: Ahad, 22 Mac 2015
Mungkin sudah ramai yang membuat andaian yang Alyah dengan Datuk Ramli MS kini sudah berpisah setelah dua tahun berkahwin akibat satu konflik yang melanda mereka baru-baru ini. Namun ianya satu andaian yang sangat meleset sekali. Alyah mengakui yang dia masih lagi isteri kepada Datuk Ramli Ms dan ini dinyatakan di dalam laman sosialnya baru-baru ini.


“Alhamdulillah, saya masih isteri Datuk Ramli MS. Semua masih sama dan semuanya okay sekarang. Tidak ada apa-apa yang berubah,”

“Saya memang tak pernah pakai cincin perkahwinan dari dulu lagi. Sebabnya saya ini jenis yang pelupa dan cuai. Hari-hari pun saya akan bertukar aksesori mengikut fesyen untuk persembahan jadi bahaya untuk orang macam saya pakai cincin”

“Tapi ini tak bermakna pekahwinan saya dan suami ada masalah. Kami memang okay dan saling belajar dalam melayari kehidupan suami isteri,” -Alyah petikan HarianMetro

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..