Romie kuat cemburu jika Hanez Suraya...

Pada: Khamis, 19 Mac 2015
Suami mana tak cemburu jika si isteri berlakon dengan lelaki yang bukan muhrim dia kan. Itulah suami Hanez Suraya, Romie Razin yang mengakui yang dia seorang yang kuat cemburu.

Namun nasihat Romie agar Hanez kena pandai jaga hati suaminya itu.

“Semestinya ada batasanlah… sebab saya pun kenalah jaga hati suami bila dah ada rumah tangga ini. Tidak ada apa-apa syarat daripada Romie pun, tapi saya kena tahulah apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka.

“Kami pun dah lama berkawan dan sudah kenallah hati budi masing-masing,”
Dan ini pula kata Romie.

“Bukan senang seorang wanita nak terima lelaki yang dah ada dua orang anak ni. Baru kahwin sahaja dah ada dua anak.

“Hanez tahu saya cemburu… lihat dia bergambar dengan lelaki pun saya cemburu… jadi dia kena tahulah apa yang kena dia elakkan. Saya tak malu mengaku yang saya ni cemburu… lagi pun cemburu itu sebab saya sayang dia,” akui Romie .


Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..