Rohana Jalil komen isu Wak Doyok komen lucah IG Kilafairy

Pada: Rabu, 18 Mac 2015
Hangat masih diperkatakan apabila Wak Doyok memberikan komen berbaur lucah kepada gambar yang dimuatnaik oleh Kilafairy telah mendapat perhatian ibu Kila sendiri, Rohana Jalil.

Memetik poral mStar, Rohana membidas tindakan Wak Doyok itu kerana bimbang boleh menimbulkan persepsi buruk terhadap orang ramai.
"Dia tak patut bergurau sebegitu walaupun hubungan mereka baik seperti adik-beradik sekalipun. Ini kerana orang luar akan mentafsir dengan persepsi lain.

"Sebagai selebriti mereka perlu jaga perkara itu dan tidak boleh membawa hubungan rapat itu melebihi batasannya terutama di zaman madia sosial ini,"

"Saya dulu pun berkawan rapat dengan rakan artis lelaki seperti Jaafar Onn tu, itu pun saya selalu diingatkan oleh emak supaya jangan pergi kemana-mana berdua kerana takut orang pandang serong.

"Bagi saya memang perlu jaga batasannya, walaupun lelaki itu lembut sekalipun dia tetap bukan muhrim," -Rohan
a

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..