Punca Nora Danish kata kanak-kanak jangan biadap!

Pada: Rabu, 25 Mac 2015
Nora Danish dikatakan bengang dengan kanak-kanak yang masih dibawah umur menjadi biadab apabila melayari laman sosial. Ini dibangkitkan Nora berkaitan komen biadap dan lucah oleh segelintir kanak-kanak yang tidak dipantau oleh ibubapa mereka.


"Saya juga mempunyai seorang anak, jangan biarkan teknologi moden membuatkan mereka menjadi biadap. Terlalu awal untuk mereka menerima benda-benda sebegini. Di Instagram banyak benda-benda lain juga, gambar lucah pun banyak.

"Kalau orang dewasa yang komen begitu, saya akan block sahaja. Tetapi ini kanak-kanak yang sangat mengecewakan saya,"

"Setiap hari saya menerima komen berunsur lucah dan biadap daripada kanak-kanak. Jika instagram ini membuatkan mereka biadap janganlah beri mereka telefon.

"Anda mungkin tidak sedar kerana bukan anda yang menerima komen setiap hari dengan banyak," -Nora Danish petikan portal mStar

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..