Pelawak terkenal minta gambar bogel - Sasha

Pada: Selasa, 31 Mac 2015
Mungkin kita mengandaikan seorang pelawak popular seorang ni, tapi harap-harap bukan dia. Semalam, ada seorang wanita tampil mendedahkan ada seorang pelawak terkenal seorang playboy.

Sasha bukan nama sebenar tampil berbuat demikian bagi mengelakkan ramai lagi wanita menjadi mangsa penipuannya.

"Bukan saya seorang saja yang diperdaya serta ditipu oleh lelaki itu. Ketika melepak bersama kawan-kawan, saya terkejut kerana pelawak itu juga cuba untuk mengurat mereka.

"Ini bukannya tuduhan melulu kerana saya berani tampil membuat pengakuan berdasarkan bukti yang ada pada saya. Helah yang digunakan sama saja iaitu dengan meminta gambar bogel serta mahu berborak secara 'video call'.

"Beliau pandai berdrama membuat muka sedih meminta simpati dengan pelbagai kenyataan yang dibuat olehnya. Namun saya percaya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga,"

"Bukan setiap wanita murah dan termakan janji manis dengan begitu mudah. Saya harap dia segera berhenti membuat kerja bodoh sebelum jatuh kerana perangai buruknya sendiri.

"Tiada pihak yang ingin menjatuhkan diri beliau namun tindak tanduknya yang tidak bertamadun itu yang membuatkan popularitinya merudum.

"Saya tahu beliau pasti akan memutar belit cerita selepas mengetahui kenyataan yang dibuat oleh saya ini. Namun saya bukan bercakap kosong tetapi ada bukti yang saya simpan dan jika perlu saya akan tunjuk semuanya," -Sasha petikan Bharian

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..