Nina Iskandar putus tunang lalu buka tudung?

Pada: Selasa, 17 Mac 2015
Agak mengejutkan apabila mendapat tahu yang Nina Iskandar dengan tunangnya, Ahmed Haiqal dikhabarkan telah putus. Namun Nina yang memetik portal mStar, enggan mengulas lanjut mengenai hal itu.

Bahkan dalam perkhabaran yang sama, Nina juga tidak bertudung lagi setelah putus tunang.


"Ini adalah hal peribadi dan saya tidak selesa untuk komen panjang lebar tentang perkara ini.

"Bagaimanapun, sekurang-kurangnya anda doakan sahaja yang terbaik buat diri saya,"

"Ramai artis yang ketika fotografi hanya pakai turban meskipun mereka berhijab. Isu ini memang sensitif dan orang yang suka mengkritik selalunya memang hanya mencari kesalahan kita.

"Saya manusia biasa yang dicipta dengan kelebihan dan kekurangan sendiri. Ini hidup saya dan saya bukan hidup untuk orang lain, jadi biarlah apa mereka nak kata," -Nina

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..