Nabil Ahmad timang anak ke-2 (2 gambar)

Pada: Jumaat, 20 Mac 2015

Tahniah Nabil Ahmad dan Nazirah Ayub yang menimang anak ke-2 nya semalam jam 1 tengahari di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara memetik portal Bharian.

Anak ke-2 nya itu berjantina perempuan dengan berat 3.2kg dilahirkan secara pembedahan. Jaclyn Victor dan suami adalah selebriti yang awal melawat anak Nabil.

"Kali pertama mendengar tangisan anak saat dia melihat dunia, saya sebak. Isteri saya lagilah menangis. Tangisan kami itu ibarat tangisan kegembiraan apabila bertambah lagi ahli keluarga kami.

"Kakak dia, Naira Mikayla (anak sulung Nabil) nampaknya sudah kelihatan bibit cemburunya apabila adiknya selamat dilahirkan. Biasalah itu," -Nabil

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..