Keluarga Aziz M. Osman terkini (5 gambar)

Pada: Rabu, 25 Mac 2015

Inilah kehidupan terkini pengarah terkenal, Aziz M. Osman dengan isteri dari perkahwinannya yang ke-2, Puteri Lily Lokman dengan dikurniakan seorang anak perempuan.

Namun buat Aziz, perceraiannya dengan isteri pertamanya, Aliah Lee bukanlah sesuatu yang sukar dilupakan apatah lagi 15 tahun bersama berumahtangga dengan akhirnya bercerai dengan cara yang baik.


“Sebenarnya, perkara yang paling saya risau adalah perihal anak-anak selepas bercerai.

“Tetapi, alhamdulillah, di sebalik penceraian itu, timbulnya hikmah yang merapatkan hubungan kami biarpun sudah terpisah,”

“Saya lihat, keuntungan ialah pada anak-anak sayalah. Disebabkan kami tidak bermusuhan, jadi hak penjagaan anak bukan satu masalah dan dilakukan secara bergilir.

“Daripada situasi ini, anak saya mendapat kasih sayang dua kali ganda termasuk daripada keluarga saya dan keluarga bekas isteri saya.

“Mereka pendapat perhatian lebih. Kalau bercuti pun sama. Bila saya jaga, saya bawa mereka bercuti. Kalau bekas isteri saya jaga, mereka juga akan bawa anak-anak bercuti,” -Aziz M. Osman petikan portal Utusan

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..