Kaka Azraff dianggap sebagai lembu!

Pada: Khamis, 5 Mac 2015
Kasihan Kaka Azraff yang dilabelkan pengikutnya sebagai seekor lembu disebabkan dia memakai cincin di hidung untuk satu sesi fotografi berkonsepkan Bollywood.

Buat Kaka yang memetik portal mStar, mengakui tidak kecil hati kerana pengikut itu tidak tahu apa-apa.

"Biarpun saya merasakan komen menyamakan saya seperti lembu itu adalah yang paling jahat tetapi saya tidak ambil hati kerana mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Tambahan pula saya tidak menjelaskan apa sebabnya saya berpakaian sedemikian sehingga mereka sanggup berkata sebegitu,"

"Saya setuju menjayakan projek itu kerana tidak sebelum ini tidak pernah menjayakan tema Bollywood selain ingin menyokong pelajar berkenaan yang ingin menggunakan selebriti untuk projek mereka.

"Hendak salahkan 'keyboard Warrior' yang menghentam saya pun tidak boleh juga kerana sebelum ini saya tidak pernah menjelaskan mengapa saya berpakaian dan menggunakan aksesori sedemikian sehingga timbul salah faham,"

"Saya tidak boleh masuk campur urusan konsep yang hendak disampaikan kerana itu projek mereka dan saya sebagai model hanya ikut sahaja,"

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..