Gambar pernikahan Hanez Suraya, Romie (17 gambar)

Pada: Sabtu, 14 Mac 2015



Dengan hanya sekali lafaz, Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, kini sah bergelar isteri kepada Romie Razin Adilha Abd Jais, 35, sekitar pukul 11.25 pagi tadi di Masjid Putra, Putrajaya.

Pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang barang hantaran iaitu tepak sirih, Al Quran, mas kahwin dan wang hantaran, rantai, wangian dan alat solek, beg tangan dan sepasang kasut.

Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas sembilan dulang iaitu sirih junjung, Al Quran dan sejadah, kek, buah-buahan, wangian, tali pinggang, baju dan seluar, beg dan sepasang kasut.

Manakala mas kahwin pula, Hanez telah menerima wang berjumlah RM20,000 dan wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.


Di dalam majlis tersebut, seramai 200 tetamu hadir yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Majlis resepsi mereka akan diadakan di Sime Darby Convention Centre (SDCC) pada 22 Mac depan. -gambar myartis.com































Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..