Emma Maembong, Kamal Adli kini rapat? bercinta? (17 gambar)

Pada: Selasa, 17 Mac 2015
Dengarnya memetik portal Utusan, Emma Maembong dengan kamal Adli kini kian rapat. Namun ada juga kedenagaran yang mereka kini hangat bercinta.

Mengikut sumber yang rapat dengan Emma, memang benar wanita tersebut selesa berkawan dengan Kamal. Walaupun dia tak mengesahkan pasangan itu bercinta tetapi mengakui kedua-duanya selesa berkawan rapat.

Menariknya, semua ini berlaku dengan pantas apabila Emma sudah tawar hati dengan Zizan. Apabila mereka sah putus cinta beberapa bulan lalu, Kamal menjadi tempat Emma meluahkan perasaanya.

“Betul, memang mereka rapat sejak akhir-akhir ini. Tapi Kamal bukanlah punca perpisahan Emma dan Zizan sebaliknya semua ini berlaku selepas putus cinta.

“Khabarnya lagi, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan keluarganya untuk berkenalan. Macam orang bawa kawan-kawan balik rumah berkenalan dengan keluarga, macam itulah mereka.

“Dengar cerita memang keluarga Kamal sangat menyenangi Emma sebab wanita tersebut pandai melayan dan mengambil hati mereka. Itu sahaja cerita yang boleh diberitahu,” -sumber rakan rapat Emma.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..