Emma, Kamal Adli kahwin tahun ini? ini jawapan Emma..

Pada: Khamis, 26 Mac 2015
Gosip yang mengatakan Emma Maembong kini rapat dengan Kamal Adli adalah mengarut. Tambahan lagi timbul desas desus mereka bakal berkahwin pada tahun ini.

Tambahan lagi Emma menafikan yang dia pernah berjumpa dengan keluarga Adli.


"Walau dengan siapa pun Emma berkawan semuanya dikatakan 'boyfriend' Emma. Gosip yang timbul mengatakan kami berdua sedang membuat persiapan kahwin sama sekali tidak betul.

"Boleh dikatakan walau dengan siapa Emma berkawan mesti akan dikaitkan dengan kahwin. Ia seperti hidup Emma ini dirancang untuk kahwin saja. Ini semua tidak lebih daripada gosip, jadi Emma harap jangan percaya,"

"Benar saya berkawan dengan Kamal namun gosip yang mendakwa kami akan berkahwin hujung tahun ini adalah tidak benar. Kalau orang kata ada terserempak dengan kami kerana kami tidak menyorokkan apa-apa.

"Selain dari Kamal pun Emma ada keluar 'lepak' dengan orang lain namun mungkin kerana Kamal dikenali maka ia menjadi isu. Kami setakat ini belum pernah keluar berdua lagi," -Emma petikan sisipan Bharian

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..