Bila Rozita Che Wan bertudung, jualan tudung makin laris!

Pada: Khamis, 19 Mac 2015
Dengar khabar setelah Rozita Che Wan memakai tudung, perniagaan tudungnya sangat laris dan menerima beberapa tempahan daripada orang ramai. Tudung Zeyta En Raudah yang juga dimiliki bersama oleh adik beliau, Ayu Raudhah sejak 2012 menjadi rebutan dan hangat di pasaran buat masa ini.

Memetik portal ManggaOnline, mereka berdua ditemui selepas acara ‘Sepetang Di Maghribi – Anugerah Hijabi Mestika’, majlis minum petang sempena pencarian cover girl majalah Hijab Fesyen.


“Naik lembik jari kita duk melipat tudung-tudung untuk dimasukkan dalam bungkusan plastik. Mana taknya, sekali order, nak seribu helai tudung terus. Itu baru permintaan daripada seorang stokis. Belum lagi order daripada stokis-stokis lain.” -Rozita Che Wan
“Kami baru sahaja cuba memasarkan koleksi tudung Zeyta En Raudah ini. Tak sampai dua minggu lagi pun. Tapi sambutan yang diterima benar-benar di luar jangkaan kami. Alhamdulillah, sangat-sangat menggalakkan,”

“Menariknya tudung Zeyta En Raudah ini terdapat dua warna berbeza dalam satu tudung. Di hadapannya, warna lain. Begitu juga di belakangnya juga warna yang berbeza.

“Jadi ibaratnya macam ada dua tudung berbeza sedangkan ia merupakan sehelai tudung. Kain yang kami gunakan juga jenis material yang berkualiti. Tapi kami jual tudung ini dengan harga RM55 sehelai sahaja,” -Ayu Raudhah

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..