Zizan ada hubungan dengan pegawai Astro?

Pada: Rabu, 25 Februari 2015
Aik apa status hubungan Zizan Razak dengan Emma Maembong sekarang? adakah sudah menjadi kawan rapat. Namun gosip yang kali ini timbul adalah Zizan dikatakan mempunyai hubungan dengan seoarang pegawai stesen Astro.

Dan difahamkan lagi pegawai berkenaan mampu memberikan kelebihan dan tawaran kerja yang lebih baik untuk Zizan.

Gosip yang melanda Zizan itu mendapat perhatian pegawai berkenaan yang tampil menafikan hal itu.


Saya rapat dan baik dengan semua artis yang bernaung di bawah pengurusan atau yang ada kontrak (kerja) dengan kami. Layanan saya terhadap mereka sama dan adil, tidak kira siapa orangnya. Semuanya atas dasar profesional.

Jadi apabila timbul cerita ini sudah tentu saya terkejut kerana ia adalah tuduhan yang tidak betul. Saya boleh katakan segala-galanya adalah fitnah dan tidak berasas sama sekali.

Macam saya katakan, saya menjaga hubungan baik dengan semua artis yang bekerjasama dengan kami. Layanan saya dengan semua adalah sama rata dan adil.

Cuma mungkin ada ketika orang akan nampak saya rapat dengan artis tertentu dan ada ketika orang tak nampak. Mungkin dia (Zizan) dapat perhatian lebih, jadi itu yang menyebabkan orang salah sangka.

Menariknya, ibu Zizan iaitu Anai Ibrahim turut sama berkongsi gambar pegawai ini menerisu akaun Facebook miliknya. Sehubungan itu, orang ramai membuat andaian yang ibu Zizan menyenangi kehadiran si pegawai. Malah ura-ura ini juga semakin hangat diperkatakan di kalangan pelawak dan kru produksi kerana mereka berdua sering dilihat bersama. -kata pegawai berkenaan memetik poral Harianmetro

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..