Sekitar pernikahan Yana Samsudin, Fadzil Bahri (60 gambar)

Pada: Sabtu, 14 Februari 2015

Dengan sekali lafaz, pelakon Norliana Bt Samsudin atau lebih dikenali sebagai Yana Samsudin telah sah menjadi isteri kepada Fadzil Bahri B Dato Dr Zahari sebentar tadi di kediaman keluarga pihak perempuan di Yong Peng, Johor.

Pengantin perempuan telah menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 manakala wang hantaran sebanyak RM50,000. Pihak lelaki menyediakan lima dulang hantaran dan berbalas tujuh hantaran daripada pihak perempuan.

Pernikahan ini disempurnakan oleh jurunikah Imam Shamsul Rizalaris B Abd Hamid. Majlis ini diadakan secara sederhana dengan hanya dihadiri oleh keluarga, sanak saudara, kenalan rapat dan wartawan sahaja.

Manakala majlis persandingan pasangan ini akan diadakan secara besar-besaran pada esok di Dataran Gemilang Yong Peng.-info MediaHiburan | gambar Facebook Fadzil Zahari


Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..