Sasha Saidin mirip Elsa Frrozen? kata anda?

Pada: Khamis, 26 Februari 2015
Bila bercakap mengenai watak Elsa di dalam filem animasi Frozen pastinya ramai kanak-kanak yang meminatinya. Sasha Saidin juga tidak ketinggalan apabila dia kelihatan seperti Elsa di dalam penampilan terbarunya.

Namun bagi Sasha ianya bukannya kemahuannya, dia sengaja mewarnakan rambutnya untuk sebuah watak. Namun tidak menyangka ramai yang mengandaikan dia mengikuti watak Elsa.

"Tiada niat pun saya nak samakan diri ini dengan Elsa itu. Saya warnakan rambut perang ini pun kerana tuntutan watak. Asalnya juga saya mahu warnakan rambut perang ini kepada warna rambut asal.

"Tetapi lain pula jadinya apabila rambut perang itu membuka pintu rezeki saya untuk kerja peragaan. Jadi saya putuskan untuk kekalkan saja warna rambut perang itu sejak lapan bulan lalu.

"Memang ada peminat yang samakan saya seperti Elsa. Saya tak kisah apa tanggapan orang. Ikutkan karakter Elsa bukan kegemaran saya dalam kartun animasi. Saya ada menonton cerita Elsa. Malah ada yang mahu saya buat parodi memakai gaun biru tetapi saya berseloroh kalau nak buat kena dilakukan di tempat ada salji," -Sasha petikan portal Bharian

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..