Punca Hafiz Suip ulang alik ke hospital

Pada: Jumaat, 27 Februari 2015
Dengar khabar yang Hafiz Suip kini terpaksa ulang alik ke hospital akibat kecederaan pada bahagian tulang belakangnya bulan lalu.

Kini Hafiz dikhabarkan menjalani rawatan susulan selama setahun walaupun sebenarnya sudah pulih, namun memerlukan 100% sembuh daripada itu.


"Kecederaan slipped disc itu telah menghimpit beberapa saraf lain pada badan saya. Biarpun ia semakin pulih namun doktor mahu saya menjalani rawatan fisioterapi selama setahun bagi memastikan masalah itu tidak berulang.

"Biarpun perlu berulang-alik ke hospital dalam jangka masa setahun ini tetapi saya akur demi kesihatan saya,"

"Kesakitan yang saya alami sebelum ini memang teruk dan Alhamdulillah sekarang saya semakin pulih dan mengikut semua arahan yang doktor berikan.

"Pun begitu saya kini kembali aktif mengambil undangan nyanyian tetapi lebih berhati-hati dalam pergerakan saya," Hafiz petikan portal mStar

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..